USAH BERSENDIRI,
JOM BERJEMAAH !!!
MASJID AL-BARAKAH
Felda Lubuk Merbau, 06300 Padang Terap, Kedah Darul Aman
"Hidup sendiri itu ibarat lidi, mudah dipatahkan. Hidup Berjemaah ibarat sekawanan kambing. Walaupun lemah dan diancam serigala, mereka tetap kuat".
"BENARLAH, BERJEMAAH ITU RAHMAT BERPECAH PULA AZAB"
-majalah solusi isu 54NIKMATNYA BERJEMAAH:
1. Allah sayang kepada Muslim yang saling menyayangi
"Ada tujuh golongan yang Allah lindungi pada hari yang tiada perlindungan
lain selain perlindungan Allah, antaranya dua orang yang saling mencintai
kerana Allah. Mereka bertemu dan berpisah kerana-Nya".
(riwayat al-Tirmizi)
2. Asas kekuatan seorang Muslim
"Seorang Mukmin terhadap Mukmin lain seperti bangunan yang
sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain".
(riwayat Muslim)
3. Keberkatan Allah bersama jemaah
"Makanlah secara beramai-ramai dan jangan makan secara
bertaburan.sesungguhnya keberkatan itu bersama jemaah".
(Riwayat Ibn Majah)
4. Kerja yang sukar menjadi senang"Dan hendaklah ada dalam kalangan kamu sekumpulan manusia yang
menyeru kepada kebaikan, menyuruh berbuat makruf dan melarang
perbuatan mungkar. Mereka itulah orang yang mendapat kejayaan"
(Surah Ali 'Imran 3:104)
5. Kerja berkumpulan menyihatkanDi negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah, satu terapi
digunakan untukmengubati pesakit yang tertekan atau mengalami
kekecewaan yang parah. Caranya, pesakit dikumpulkan dalam
sebuah kumpulan. Mereka bertemu secara rutin dengan bimbingan doktor.
Realitinya tiada ada yang dilakukan oleh doktor, kecuali mengarahkan
peserta saling bercerita dan mendengar pengalaman masing-masing.
Hasilnya, ramai yang sembuh setelah menjalani terapi tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan